Saturday, 15 September 2012

Amer Shusuke_Glad You Came

Selamat datang ke cover Amer yang ke 4.
Cover ke 4 ni lagu english k!!

Tajuk GLAD YOU CAME from THE WANTED

Selamat mendengar dan jangan lupa komen
:)

Thursday, 13 September 2012

ENJOY!!

Selamat petang smua.. lama gila xupdate coz sangat busy...
hari ni amer nak update cover terbaru... hehehe

lagu ni lagu nasyid, yang dinyanyikan oleh DEVOTEES bertajuk MAHAR CINTA


ENJOYYY!!

Wednesday, 29 August 2012

My Second Cover

Assalamualaikum dan selamat petang semua....
Malam ni amer nak nyanyi lagu kegemaran artis amer iaitu PINK...

Cer teka lagu apa~~ hehe...
Lagu ni ada maksud yang tersendiri buat amer, sooo... jom layan amer nyanyi lagu ni :)



Monday, 27 August 2012

Thursday, 23 August 2012

COVER LAGUUU~~

Assalamualaikum semuaaa....

Amer teringin nak buat cover lagu and post kat sini laaa~~

BOLEHHHH X?? heheheheh

Saturday, 30 June 2012

JENIS URINE~~

Assalamualaikum n Good2 Day pada sapa yang membaca artikel berkenaan URIN ini
OKAYYY JOM START

Urin dalam bahasa kampung ialah AIR KENCING.
Urine ni plak ada kepelbagaian jenis taw. so Amer akan jelaskan laaa sdikit demi sedikit yang amer taw~~

JENIS-JENIS URINE

                    HEMATURIA      ~ kencing  yang mengandungi darah
                    POLIURIA           ~ kencing dengan kerap
                    ANURIA ~ Tiada urin, maksud nya orang itu tidak kencing
                    OLIGURIA~ kurang kencing
GLIKOSURIA~ kencing yang mengandungi gula , kerap berlaku pada orang diabetes laaa
DISURIA~ Kesakitan semasa kencing


Itu saja laaa amer nka shared... so kalau ada apa2 soalan jgn segan bertnya naa

Tuesday, 19 June 2012

~Diarrhea~

Tahu x DIARRHEA itu apa??

DIARRHEA(CIRIT-BIRIT) ialah satu simptom dimana HASIL BUANGAN melalui PUNGGUNG kita adalah CAIR~~
means BERAK CAIR laaaa...

Nak taw kenapa terjadinya DIARRHEA ni?? 
Kalau da berlaku DIARRHEA ni mesti ia berasal dari PERUT kan~

Sudah semestinya anda MAKAN makanan yang kurang bersih, kurang masak, makanan tersebut telah dicemari oleh serangga perosak.

So, bagi mengelakkan DIARRHEA ini berlaku, pastikan segala makanan dan minuman kita bersih ok!!
Ubat untuk DIARRHEA adalah ORAL REHYDRATION SALT yang mana adalah post saya beberapa bulan yang lepas,,hahahhaha

ANYWAY thanks 4 read k!!

Tuesday, 24 April 2012

~Oral Rehydration Salt~

~YEZZZAAAAAA~

Apa khabar semua?? Hari ni Amer nak cerita serba sedikit tentang ubat ORAL REHYDRATION SALT(ORS).
 
 

Ubat ni kerap kali digunakan pada mereka yang mengalami CIRIT-CIRIT, apabila CIRIT-BIRIT berlaku, banyak CECAIR dalam badan kita kluar. Jadi mereka yang mengalami CIRIT-BIRIT akan merasa KELETIHAN dan TAK BERMAYA.

Sebab itulah, munculnya ORS ni... Ubat ni akan MENGGANTIKAN SEMULA CECAIR2 YANG TELAH HILANG DALAM BADAN , Pesakit akan MEMINUM 1 PAKET ORS setiap kali pesakit CIRIT-CIRIT, ini untuk menggantikan  CECAIR yang hilang dalam badan :)


PAKET ORS beginila yang kebiasaannya hospital bagi ,heeeeee

OKAYYY yuppp, jemput bertanyakan soalan pada Amer, JANGAN MALU2..
THANKSSS membaca!!

Monday, 23 April 2012

~BUSCOPAN~

~Assalamualaikum dan selamat sejahtera~

Hari ni Amer nak buat entry pasal ubat yang digunakan pada mereka yang MENGALAMI simptom2 seperti CIRIT-BIRIT, entry ini untuk PESAKIT yang pergi ke bahagian EMERGENCY. Kebiasaannya rawatan yang diberi di EMERGENCY just ubat yang MEMBERI TINDAKAN PANTAS, means PEMBERIAN UBAT ADALAH MELALUI CUCUKAN JARUM :P

Sakit yang mempunyai simptom CIRIT-BIRIT  kebiasaannya adalah ACUTE GASTROENTERITIS  TETAPI, ada juga sakit yang menunjukkan simptom2 seperti ini... COntohnya Penyakit KOLERA dan DEMAM TIFOID :)

OKAY THEN LETS BEGIN!!


Kebiasaannya STAFF di EMERGENCY DEPARTMENT  akan segera memberi ubat BUSCOPAN secara INTRAMUSKULAR di TANGAN. Di mana tempatnya??


Nampak bahgian MERAH tuuu, di situ laa kebiasaannya STAFF akan cucuk..

KESAN ubat ini ialah untuk MENGURANGKAN KEKEJANGAN OTOT pada SISTEM PENCERNAAN kita seterusnya akan MENGURANGKAN KESAKITAN PADA PERUT.

AMACAM?? ADA PAHAM?? ADA SOALAN X?? SILAKAN TANYA o_o
MAAF SEKIRANYA TAK MANTAP ENTRY INI :)


Sunday, 22 April 2012

He Is My BROTHER~~ YEW KWANG MENG GEGE

~Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua PEMBACA BLOG~
Dalam Islam tidak menyatakan ABANG ANGKAT, KAKAK ANGKAT or WHATEVER IT IS, yang ada hanya ABANG n KAKAK KANDUNG :)
Apa yang Amer cuba sampaikan is JADIKANLAH MEREKA YANG ANDA SAYANGI SEPERTI ANDA MEMPUNYAI HUBUNGAN PERTALIAN DENGAN MEREKA :)

Entry Amer hari ni berkenaan MY BRO or WO DE GEGE :)
Nama dia Yew Kwang Meng, umo secret coz nanti dia terasa diri muda :) dan bekerja sebagai DOKTOR di  HOSPITAL IPOH

Di bawah ini ialah gamba dia, WUUUUU


MACHO KEEEEEEE?? but I think, he juz NORMAL haha,
Dia seorang yang berbangsa CINA, even so petah berbahasa melayu..
Seperti Amer  yang sedang berusaha untuk meningkatkn ILMU BAHASA MANDARIN Amer :O

GEGE ni memang gemar  karaoke, ini buktinya .....


See that, kalau karaoke mmg poyo gilaaa,, haha... tapi x nak post,, diam2 saja :P

OK, Amer akan story sikit berkenaan Gege Kwang Meng ni, 
Dia ni memang seorang yang bermuka serius semasa bekerja, sometimes membuatkn orang takot untuk bertegor sapa dengan dia, TERMASUK AMER , ppffftttt

TAPI, itu hanyalah andaian mereka yang x mengenali YEW KWANG MENG dengan rapat, 
Dia ni sebenarnya seorang LAWAK n KUAT MERAPU juga ni hehe, MACAM AMER..
 KAMI BERFIKIRAN SAMA, maklumlaaa nama pun BROTHERSSSS kan :)

What I shoul say MORE?? Akhir sekali Amer juz nak cakap yang ENTRY ni bkn nk promot or apa, juz meletakkan mereka yang Amer sayang di hati,bukti Amer sentiasa mengingati mereka yang ada, mereka yang rapat dengan AMer :)

LAST ONE, what i will say I LOVE ALL MY FREN AND I LOVE MY GEGE :) wakakaka

Terima kaseh kerana membaca BLOG Amer yang gilaaa ni , (sama seperti orang nya)

Friday, 20 April 2012

PARACETAMOL

OSSSUUUUUU ALL BLOGGER!!

~Hari ni Amer nak menceritakan tentang ubat PARACETAMOL~

PARACETAMOL ADA PELBAGAI NAMA

PCM, PANADOL, ACETAMINOPHEN(yang amer taw)


Kebanyakan dari kita hanya tahu ubat ni kebiasaannya diguna apabila DEMAM, PENING dan SELSEMA... Betui dak??
Lepas tuuu, kebiasaannya setiap orang akan mengambil PARACETAMOL ini 2biji sekali~~
Alasannya ialah kalau SEBIJI xcukup POWER..

Ubat PARACETAMOL ini adalah di dalam kategori ANALGESIK di mana ia MENGURANGKAN KESAKITAN pd tubuh kita. 

Sebiji PARACETAMOL bersamaan dengan 500mg, seorang sepatutnya mengambil ubat tersebut seperti ini
 
500mg - 1000mg setiap 4 - 6 jam, sehingga maximum xlebih dari 4000mg dalam masa 24 ja,,
 
Makan ubat ini secara berlebihan akan mengakibatkan KERACUNAN!! Sat g xpasal kena p hospital plak :O
 
OLAITTT THANKSSS FOR READING!!

SPHYGMOMANOMETER~~

~Assalamualaikum dan Selamat Petang~

Entry Amer hari ni nak wat cerita pasal SPHYGMOMANOMETER....

Apa benda ni?? HAAAAA, nama jaaa sedap, tapi ia adalah satu benda yang PEKERJA KESIHATAN buat untuk memeriksa tekanan darah kita..

Gambar di bawah ni ialah SPHYGMOMANOMETER yang kebiasaannya diguna pakai




Tekanan darah kan ada dua kan??? Yang kat ATAS n BAWAH... OK, Amer akan terangkan...

Bahagian ATAS dikenali sebagai SYSTOLE dimana bacaan normal ialah 90-140mmHg
Bahagian BAWAH pula namanya ialah DIASTOLE, bacaaan normal ialah 60-90mmHg

Sekiranya bacaan tekanan darah TINGGI atau RENDAH ia akan membawa kepada penyakit yang dikenali sebagai HIPERTENSI(bagi yang tinggi,CLICK HERE). Bagi yang RENDAH pula dikenali sebagai HIPOTENSI(CLICK HERE)

Penyakit HIPERTENSI ialah penyakit yang TIDAK AKAN SEMBUH, kerana ia datang dari jantung, dan penyakit yang berkenaan jantung amat sukar untuk sembuh,,, Jadi, PENGHIDAP HIPERTENSI perlu mengambil ubat SEUMUR HIDUP mereka untuk mengekalkan tekanan darah yang normal...


JADI BERSAMA LAA KITA JAGA KESIHATAN NAAA!!
THANKZZZ 4 READING MY ENTRY, ADA APA2 NAK TANYA SILAKAN~~

Thursday, 19 April 2012

BRANULA~~

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG rakan2 dan pembaca blog Amer. Hari ni amer nak share dengan ampa semua pasai PERALATAN yang sering kali diguna pakai dalam MEMBERI RAWATAN kepada merek yang sakit.....

LETSSS CHECK IT OUT!!
 
Inilah alat yang dikenali sebagai BRANULA, ada bnyk size taww,, semakin besaq nombornya semakin kecik sizenyaaa~~
  Amer tunjuk 3 size ni  jaaa dari kiri 20G, 16G n 18G soo mana satu paling besaq?? 16G taww


Baiklahhhh, now amer akan ceritakan, Branula akan dicucuk di urat yang timbul pada bahagian CARPAL kita(bahagian atas tapak tangan)

 Ia akan dicucuk secara 15 darjah, untuk mengelakkan kebocoran pada URAT VENA kita..


Nampak xjarum tuuu, setelah ia dicucuk kedalam urat n menunjukkan BACKFLOW darah berlaku... Perawat akan mengeluarkan jarum tuuu, yang tinggal hanya laaa STILLET untuk mengalirkan ubat ke dalam badan.. AGAK SAKIT JUGAKLAAA, sebab Amer pun penah gak kena :P

Kebiasaannya ALAT ini akan digunakan pada mereka yang nak pitam akibat DEHIDRASI, Ada juga yang disebabkan oleh tekanan darah yang rendah iaitu HIPOTENSION... 
Pemberian ubat melalui INTRAVENA amat laaa berkesan kerana ia terus masuk kedalam salur darah, tidak seperti ubat pil yang mengambil masa yang lama untuk menunjukkan kesan

OK ada apa2 nak tanya silakannnnnn~~ :)
TERIMAS kerana membaca dengan tekunnn

Monday, 9 April 2012

PenyaKit BerJangKit 3

MARI KITA BACA PASAL PENYAKIT BERJANGKIT YANG DISEBABKAN OLEH

Virus MUMPS atau ayat orang kampung ialah BEGOK... alaaaaa yang bengkak kat leher tuu,,yang kebiasaannya orang letak NILA laaa pakai rantai kelapa laaa~~

.....JOMMM Amer story.....

MUMPS ialah penyakit berjangkit akut yang disebabkan oleh VIRUS bernama PARAMYXOVIRIDAE virus ini akan menyebabkan PEMBENGKAKAN KELENJAR LIUR YANG TERLETAK DI ANTARA TELINGA DAN DAGU 

~TRANSMISI~

Melalui orang yang dijangkiti, macam airliur dia seperti batuk, bersin.. juga dari peralatan-peralatan yang tercemar..

~MASA PENGERAMAN~

Kebiasaannya 12 - 25 hari saja.

~SIMPTOM2~

  1. Sakit dan bengkak dibelakang sudut tulang rahang hingga ke bahagian leher
  2. Sakit untuk membuka mulut(TRISMUS)
  3. Air liur keluar berlebihan
  4. Nadi kurang dari 60beats per minute(Bradikardia)
 
HEHEHE, terima kaseh kerana mmbaca!! UNTUK INFO SETIAP JANGKITAN VIRUS KEBIASAANNYA HANYA SEKALI SEUMOR HDUP, SEKIRANYA ADA YANG TERKENA BUAT KALI KEDUA, RISIKONYA IALAH KEMANDULAN~~ 

Sunday, 8 April 2012

PenyaKit BerJangKit 2

OK, JOM KITA MULA EPISODE KE 2 PLAK K!!

Sebelum ni amer cerita pasal KOLERA kan??
sekarang amer cerita pasal DEMAM TIFOID plak,...

Definisinya ialah Penyakit berjangkit akut yang bercirikan DEMAM BERTERUSAN, PMBESARAN LIMFA, MELIBATKAN TISU2 USUS LIMFATIK DAN RUAM BERBENTUK ROS PADA ABDOMEN

Demam tifoid ini lebih dikenali dengan DEMAM KEPIALU kalau didengari dalam bahasa kampung laaa.. Kalau bahasa medikal ialah DEMAM TIFOID 

Siapa yang menyebabkan demam ni??
PENYEBABNYA ialah BAKTERIA yang bernama SALMONELLA TYPHI.

Bakteria ni datang dari makanan dan minuman yang telah tercemar... mesti ampa semua taww maksud amer kann...
TAPI, Pensyarah amer kata bakteria ini amt aktif pada makanan popular yang bergelar ABC, haaaa ni penyebab utama naaa...

TEMPOH PENGERAMAN untuk bakteria ini MENCEROBOH badan kita hanya mengambil masa selama 10 -14 hari. Apabila ia suda berjaya, maka bermula simptom2 seperti yang telah amer nyatakan.


~SIMPTOM MENGIKUT MINGGU~

DEMAM TIFOID ini mempunyai simptom sehingga 4minggu. Jom amer story kannnnn.....

MINGGU PERTAMA
  1.  Sakit kepala teruk
  2. Sakit sendi dan otot
  3. Demam dengan suhu badan meningkat secara beransur-ansur(40-41 darjah Celcius)
  4. Kadar nadi perlahan dan menurun
  5. Sembelit
  6. Cirit-birit dan muntah2 pada kanak2 
MINGGU KEDUA
  1. Suhu badan kekal tinggi
  2. Pucat dan Lemah
  3. Pembesaran limfa(Limfadenopati)
  4. Ruam berbentuk rose mula timbul di bahagian abdomen
MINGGU KETIGA
  1. Suhu masih kekal tinggi
  2. Lemah dan Keliru
  3. Bole membawa kepada kematian ataw KOMA
  4. Cirit-birit dan distensi abdomen
MINGGU KEEMPAT
  1. Suhu badan beransur normal
  2. Hilang selera makan
  3. Simptom2 semakin berkurangan

OK THATS ALL, untuk cerita penyakit berjangkit bahagian 2.. :)
jumpa next time plak naaa

Wednesday, 4 April 2012

PenyaKit BerJangKit

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera smua pembaca2 yang senantiasa ceria dan gembira..
 Hari ni atok nak shared something berkenaan kesihatan iaitu PENYAKIT BERJANGKIT.

Bila sebut pasal penyakit berjangkit mesti ramai akan jawab yang pertama ialah LEPTOSPIROSIS(kencing tikus)..

Actually ada bnyak sebenarnya, jom Amer ceritakannn...


Yang Pertama ialah KOLERA,
Penyakit ini ialah disebabkan oleh Mikrob bernama VIBRIO CHOLERA.
Mikrob ni akan menyebabkan MUNTAH, CIRIT BIRIT dan DEHIDRASI(kurang cecair dalam badan)

Macammana KOLERA boleh terjadi??
Penyakit ini kerap kali terjadi kebiasaannya di kawasan sanitasi yang xsempurna juga kotor.
Penyakit ini merebak melalui ORAL FAECAL ROUTE(melalui mulut) contohnya MAKANAN, JARI, LALAT dan kepelbagaian yang dcemari

Cara2 pencegahan mudah sahaja, juz make sure setiap yang hendak dimasukkan ke dalam mulut itu BERSIHHH,. Kalau nak makan kat luar sekali pun, carila gerai or restaurant yang bersih k!!

Jangan sesekali PANDANG RINGAN pada penyakit ini kerana 5% kejadian ini boleh membawa maut

BESOK KITA CONTINUE LAGI OKAYY!! PENYAKIT BERJANGKIT HAT LAIN PLAK
TERIMA KASEH COZ MEMBACA!!

Monday, 2 April 2012

BENGANGGGG!!

Malam ni memang betui2 aku bengang!!
kenapa depa MALASSS!! kenapa perangai depa ni macam BUDAK-BUDAK yang x matang?

OKAYYYY, akan aku story kannn....

MALAM ni, baru sebentar tadi~~

Aku start masak pukoi 9.30p.m td, aku masaklahhh Ayam sambai, sayuq masak sawi ngan teloq dadar, lepas da settle masak standard laaa dapuq da gerenti terabuq n berselerak bagai, 
Aku punya tugas juz masak jaaa, kalau da dok satu tempat n bersama kenalaa pandai2 bahagi kerja, I done my JOB u done ur JOB~~KANNNN

Kemudian aku panggil depa ni semua makan, pastu bole plak xda sorang pun nak respon ngan panggilan aku, ibarat aku bercakap ngan SPENDA HANYUT
Pastu bila aku da start angkat nasi , bawa pinggan baru laaa terhegeh-hegeh masing2 nak makan,, 

Makan da laaa bersepah, nasi kat sana n sini, itu aku xkesah laa kalau bersepah dengan harapan depa akan kemas semua sekali lepas da siap makan...

HARAPAN AKU PUNAH bila tgok, macam mana bersepah tuuu, macam tu juga laaa keadaan nya,  dengan KICAP kt lantai, periuk nasi xangkat, ~~ Pastu aku tgok kat SINKI bertakong ayaq , KUALI xbasuh, DAPUQ  xkemass lagi,

PASAI PAA DEPA NI?? TOLONGG LAAA BERFIKIRAN MATANG!! PADAHAL AKU PALING MUDA ANTARA MEREKA SEMUA NI!! XMALU KE
.... KALAU AKU TEGOQ KANG PANDAI PLAK NAK TARIK MUKAAA, SEMUA BNDA AKU NAK BUAT~~
PLEEZZZ BE MATURED

Tuesday, 27 March 2012

FolloweR Ke 100~ UCU FARIDAH~

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA,

Hari ni Amer nak wat entry pasai Follower ke 100 ni,
Beliau bernama UCU FARIDAH , nama Blog ialah UCU BAKERY dan tinggai di MERU, SELANGOR
Bila tgok jaa entry blog beliau, PERGGGGGGGGGHHHH,
Perut hat kenyang pun bole lapaq balik, hehe

UCU FARIDAH ialah seorang BAKERY, baru2 ni UCU ada buat enty pasai PULUT SERAWA DURIAN SEDAPPPPP.
Sapa2 nak blajaq cara nak baking baking ni sila laaa berjumpa di Blog Puan UCU naaa.

Bukti menunjukkan Puan Ucu ialah Follower ke 100 Amer :)


TAHNIAH NAAA PUAN UCU FARIDAH :)

Lagu yang paling Amer minat sekarng~~ JOM LAYANNN


Lagu ni memang bez, hari2 Amer layan lagu ni, style muzik yang lain dari yang lain,, 
ni lirik lagu WE ARE YOUNG bole la tgok dan KAROKE!!
heh, ENJOYYYYY

Give me a second i,
  I need to get my story straight
My friend’s are in the bathroom getting higher than the empire state
My lover she’s waiting for me just across the bar
My seat’s been taken by some sunglasses asking about a scar, and
  I know i gave it to you months ago
  I know you’re trying to forget
But between the drinks and subtle things
Though holes in my apologies
I’m trying hard to take it back
So if by the time the bar closes
And you feel like falling down
I’ll carry you home

Tonight
 WE ARE YOUNG
 So let’s set the world on fire
We can go brighter than the sun
Tonight
WE ARE YOUNG
So let’s set the world on fire
We can go brighter than the sun

Though i know it i’m not
All that you got
  I guess that i, i just thought
Maybe we could find a way to solve the crime
But our friend isn’t back
So let’s raise the tab
‘Cause i found someone to carry me home

Tonight
WE ARE YOUNG
So let’s set the world on fire
We can go brighter than the sun
Tonight
WE ARE YOUNG
 
So let’s set the world on fire
We can go brighter than the sun
Carry me home tonight (nananananana)
Just carry me home tonight (nananananana)
Carry me home tonight (nananananana)
Just carry me home tonight (nananananana)
The world is on my side
  I have no reason to hide
So will someone come and carry me home tonight
The angels never arrived
But I can hear the choir
So will someone come and carry me home

Tonight
WE ARE YOUNG
So let’s set the world on fire
We can go brighter than the sun
Tonight
WE ARE YOUNG
So let’s set the world on fire
We can go brighter than the sun
So if by the time the bar closes
And you feel like falling down
I’ll carry you home tonight

Saturday, 24 March 2012

Menjadi TUKANG MASAK

Assalamualaikum dan selamat pagi MALAYSIA n MY FOLLOWER~~

Hari ni Amer nak wat ENTRY sebagai seorang tukang masak,... Kisah nya begini, sekarang, Amer posting di Klinik Kesihatan Lenggong... so sesiapa yang ingin berkenalan ngan Amer jom jumpa di LENGGONG, heheh~~

 Masakan PERTAMA!!


Amer buat sayuq masak sawi, wakaka... nampak macam sedap x?? pada yang xmunat sayuq da tentu laaa cakap xsedap kannnn...
Kelengkapan masakan xcukup laaa, AJINAMOTO xda... So , xsedap  kikikiki,,

 Seterusnya IKAN BILIS+KENTANG GORENG

anehnya depa semua ni, KENTANG habis, IKAN BILIS banyak lagi,,, dasar GILA KENTANG depa ni hahaha

 AYAM GORENG!!

nGEEEeee, Ayam goreng ni laaa wat aku asek tergelak, standard laaa goreng ayam minyak masak akan meletup letup, member Amer  lagi 4 orang ni MELATAH-LATAH kena TEMBAK ngan minyak masak... HADOIIII












TADAAAAAAAAAAAAaa!! terlahir sudah masakan yang bergitu sedap ini!!


Peliklaaaa, tetiba ada teloq dadar plak kannnn,,, ahahaha,, TELOQ dadar ni spesial coz dalam dia ada OAT.. hemmm,, sedap kannnn,,, Terima kaseh pada mereka yang menjenguk ENTRY kali ni... KOMEN LAAA KALU SUDI

Sunday, 18 March 2012

Di Teluk Senangin~~

Assalamualaikummm dan Selamat sejahtera kepada pembaca BLog Amer Shusuke yaaa~~

Hari Jumaat lepas, Amer bersama lagi 6 0rang rakan seperjuangan telah menyerang Teluk Senangin, WAT APA??? MANDIII LAAA bak ang,.

Perjalanan yang mengambil masa 2jam dari Tanjung Rambutan ke Lumut itu.. Gerak petang sampai malam, apa lagi Jamak laaa solat maghrib n isya' :)

P ke sana pun sebab di ajak oleh YOP ni, kalau x pi kang touching wakaka.. Parent dia ada buat, picnic kat sana, jadi apa lagi, JOINNNN LAAAAA, even Amer punya duit RABAK gilaa time tuuu :O

Sampai sana, teruih salin baju apa lagi mandi laaaaa... bayangkan malam2 pun gigih nak p mandi, :).. xda gamba untuk diupload waktu malam, maklumla pakai fon kamera buruk jaaa ...hemmm,
jom kita semua p keesokan paginya, BERMANDI MANDA bersama member yang ku sayangi


Tengoklaaa gelagat depa ni~~ aishhhh :P
 YOP Faiz bersama ngan anak buah dia,,
Cerdik budak ni, leka mengerjakan aku jaaa~~


Si KIFLI, HAFFIZ N JIJO~~

APa laa keja si HAffiz tuuu(baju merah)
 Amer yang ditengah tuuu baju coklat(ada gak gamba aku)...

mana x nya, kalau x Amer jaaa kena snap pic bak ang.

 Teruihkannn MANDI!!

MANDIIII!!!

Dan mandi!!!
 Kali ni gambaq dekat, amacam?? terserlah x kemachoan kami semua ~~ :P


owwww, KIFLI apa laaa ang wat tuuu~~

Si Khairul plak, membuli adik2!!
(yang penting aku xkena :P)









 Haffiz n Jijo yang oways menunjukkan muka yang bajet cYOMeyyyy :O
 and thats me~~ :P



















selesai suda sesi bermandi mandian~~ now kita p POSING di PANTAI TELUK SENANGIN ~~ JOMMMMMMMMMMMM!!

SAKSIKAN LAAA DUGONG2 TERDAMPAR!!






Sudalaaa dugong2 ni, sekarang ni gamba di darat plak naaaa~~


Merapooo gilaa la ang ni~ awat muka macam itik?? aku baru perasan haha
 kat dalam cawan tuu ada ketamm,, macam budak sangat maen2 hidupan laut si Alif ni ,, HADOYYY


Amacam THE TRIO BROTHER hehe,, OTAI kannn~
 Tgok baju Kuning tuuu~~
oittt!! apa ang wat kat yop aku~~
kahkah~~
DUGONG2 YANG MEMPERAGAKAN IKAN!!
 DEPA KATA NELAYAN MODENN~~

PHUIIIII KEKEKEKE
 DIsebabkan pic ni diambil oleh amatur jadi muka kami langsung xnampak,, DAMNNN :P
nombor 31 menunjukkan bhgn blakng shja~~KENAPAAA haha













OKAYYY~~ nak balikkk daaaa, jom tgok kenangan balik kamiii!! gambar ni di penginapan kami~~ :P
NICE isnt it??




                                        AKHIRNYA GUDBYEEEE TELUK SENANGINNN!!



KENANGAN INI AKAN KU ABADIKAN DALAM HIDUPKU SELAMANYA~~

Sunday, 11 March 2012

Sahabat Yang Akan Ku Kenang Selamanya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera di hai yang ditemani dengan hujan yang begitu renyai...
Entah kenapa hari ini aku teringin nak cerita pasai kawan2 aku.....
Maklumlaaaa, aku sudah pun Semester 5 juga merupakan tahun last aku berada di bumi PERAK yang tercinta sebelum pulang ke NOGORI ku.

Yang peliknya pada diri aku ialah aku kurang merapatkan diri dengan mereka yang sama semester dengan aku(BUKAN KENA BAND ok!!) tapi lebih mesra dengan mereka yang berada di SEM 3 sekarang.. Maybe kerana OTAK aku n OTAK depa boleh pakai,haha...

AAARRRGGGGHHHH, Pedulikan laaa semua tuuu, tapi apa yang aku sangat hargai ialah dengan mereka ni laaa aku dapat mengenal erti PERSAHABATAN yang sebenar. Mereka semua ciptakan aku KENANGAN PERSAHABATAN yang indah. Kenangan berkawan dengan mereka yang berbeza negeri. Jadi aku nak describe mereka satu persatu... Mulakan dengan ...






YAng kiri BERBAJU MERAH + SWEATER tuuu, nama dia KHAIRUL BIN TALIB, dok Pahang, aku berterima kasih sangat dengan dia ni, kerana melalui dia laaaa, aku kenal dengan member2 yang lain.. Umo 26 tahun ni kottt tapi wajah muda xmacam AKUUU ,,haha, And apa yang jelasss, dia punya mulut ni kalau buka MEMANG KEJA dia MEMBOIKOT aku jaaa ,,,, tensennn kottt

Yang sebelah kanan tu plak, yang memakai baju putih tuuu, umo 20tahun(BELOOM CUKUUP) n tinggai kat MELAKA.... Nama dia MOHD ALIF FARHAN BIN MAT SHASIR, apa nak dibanggakan dengan dia ni ehhh?? heh, dia ni memang bole dikatakan suka laaa Follow orang p lepak2 tapi yang peliknya, asai da tiba masa nak gerak ada saja MASALAH yang muncul, heran betui.. dia ni kalau bawa motor kalah PAKCIK yang umo 50 lebih, GILAA BABI SLOWW kottt, katanya TAKOTTT... nak menyelit-nyelit pun takottt..hemm, kalau nak ajak berkonvoi dia ni DILARANG haha..

NEXT IS MOHD HAFFIZ BIN MOHD NOOR!!
dok di NOGORI SEMBILAN, Umo dia ni ikotkan still 19tahun coz lahir 31/12/92 , kalaula mak dia tahan, mesti dia da lahir tahun 93 haha... soooo, umo dia 20 tahun yang akan cukup hujung bulan 12 ni...Dia ni memang betui2 sekepala ngan aku, otak dia dengan aku 2*2 = 8 haha,.. seorang yang easy going BAK ANG, ajak laaa p mana ja, selagi bukan tempat maksiat mesti FOLLLOWWWW punya..
Sebelum aku kenai dia ni, PENDIAM laa sangattt, sampai cakap pun xnak pandang muka aku, DAMNNN haha..tapi bila da lama rapat ngan aku, teruih jadi kecohhh mulut,, hadoiii

KETIGA TIGA MEREKA DI ATAS NI ADALAH PENEMAN DALAM SUKAN AKU IAITU TENNIS...

YANG KIRI TUUU, IS MUHAMMAD NIZAM BIN NORZLAN, 20. Dok kat NOGORI gak.
Dia ni otak dok pikiaq pasai BIZNES jaaa, sikit2 BIZ sikit BIZ... Dia ada juai PERFUME, KEREPEK n ada buat INSURAN apa entah aku pun xingat,,, Dia ni jarang bersama dengan kami bertiga sebab MALU katanya coz asek menumpang orang jaaa,.. Hemm, nak wat macam mana kan, even aku da ceramah kat dia ni PUAS2 punnn, xda guna gak aiyoooo,,, PERSAHABATN tiada apa yang perlu DIMALUKANNN!!

 ABANG SHAH , dari KEDAH berumor 33 tahun pada tahun ni,, Dia ni da pangkat AYAHANDA dalam persahabatan kami, da berkahwin n punya 2 orang anak yang comel , dua2 hero kottt.. Selama berkenalan adalah 3kali kluaq ngan dia ni secara berkumpulan... p main boling, :O woaaa.. bole tahan laaa...... SABTU NGAN AHAD da tentu2 laaa xda kat KOLEJ, maklum laaa p menunaikan kewajipan pada FAMILY yang tercinta, kannn da bergelar SUAMI, :)

gambaq ni ada 4, tapi nak fokuskan kepada member aku yang BERTOPI tuuu, umo 31tahun n suda berstatus SUAMI ... dok kat PERAK n bar mempunyai seorang cahaya mata. otak memang sempoi ,ada ja benda nak cakap n nak diguraukan n yang paling kejinya kebiasaan aku laa kena ATTACK oleh geng2 ni.. nama FAIZUL bin SHAHRIN

nama dia ni MOHD KIFLI bin MADLAN, 20 and stay di KEDAH... Dia ni jenis kurang bercakap, bila sembang ngan dia ni memang kerap tukaq topik,, dia ALA2 berada di DUNIA FANTASI... kalau tgok kat fb dia ni, penuh dengan ayat2 jiwang jaaa.. hemmm, payah sungguh laaaa, aku suka jaaa kerjakan dia ni(yang paling penting).. dia ni jenis suka berahsia n jenis x akan sekali kali tunjuk marah kat depan orang lain,, ANEH kannn

MOHD ZAILI, 25 tahun... da tua niii!! tapi bajet muda,,, hemmm apa laa nak jadi dengan semua orang tua yang berkawan ngan aku ni,, LULZZZ... dia ni aku sendri xtaw dia dok mana... sat dia kat NOGORI, sat kat JOHOR, sat kat KOREA(TIPU jaa),,, easy going n kuat merapu, xbole layan kerap sangat nanti aku pun BLURRR haha.. suka tolong org dia ni even orang tu bukan laa yang dia minat untuk berkawan. NICEEE!!

MUHD KHAIRUL RIDZUAN BIN ADAM, 20 TAHUN and stay di KELANTAN.. well, dia ni baguih budaknya, rajin turun surau(bukan laa menunjuk tp untuk djadikan contoh), orang nya biasa jaaa, tapi setiap SABTU n AHAD dia akan balik ke rumah akak dia ,, hemmm, jarang kalau nak lepak ngan dia ni... org tyme cuti aaa nak lepak2 , tp dia dok rumah,, haiyaaa....

ORANG YANG TERAKHIR NI AKU XNAK POST GAMBA DIA, KATANYA XSUKA, jadi aku juz ceriita ja laaa, nama MUHAMMAD FAIZ BIN ZULKIFLI,22 stay PERAK, aku panggil dia ni YOP(abang)... bakal mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ni bersama gadis pilihannya.. Dia ni laaa yang kerap bagi aku nasihat bila aku ada masalah , apa yang baik apa yang buruk segalanya dia shared ngan aku untuk djadikan pengajaran... aku RESPEK GILAAA ngan dia ni,,,


ITULAH SAJA YANG AKU NAK SHARED D BLOG HARI INI, BAGI AKU KALIAN ADALAH RAKANKU YANG PALING BERHARGA DIBANDINGKAN DENGAN RAKAN2KU DI ZAMAN PERSEKOLAHAN DULU..
EVEN AKU DA GRAD NANTI, AKU AKAN TETAP CARI AMPA SEMUA EVEN AMPA SEMUA DOK BEZA NEGERI, ITU JANJI AKU~~~ SEMOGA PERSAHABATAN KITA KEKAL SELAMANYAA N SEMOGA BILA AMPA GRAD NANTI KITA AKAN DITUGASKAN DITEMPATKAN DI TEMPAT KEJA YNG SAMA.....AMINNNN   :")~~