Tuesday 27 March 2012

FolloweR Ke 100~ UCU FARIDAH~

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA,

Hari ni Amer nak wat entry pasai Follower ke 100 ni,
Beliau bernama UCU FARIDAH , nama Blog ialah UCU BAKERY dan tinggai di MERU, SELANGOR
Bila tgok jaa entry blog beliau, PERGGGGGGGGGHHHH,
Perut hat kenyang pun bole lapaq balik, hehe

UCU FARIDAH ialah seorang BAKERY, baru2 ni UCU ada buat enty pasai PULUT SERAWA DURIAN SEDAPPPPP.
Sapa2 nak blajaq cara nak baking baking ni sila laaa berjumpa di Blog Puan UCU naaa.

Bukti menunjukkan Puan Ucu ialah Follower ke 100 Amer :)


TAHNIAH NAAA PUAN UCU FARIDAH :)

Lagu yang paling Amer minat sekarng~~ JOM LAYANNN


Lagu ni memang bez, hari2 Amer layan lagu ni, style muzik yang lain dari yang lain,, 
ni lirik lagu WE ARE YOUNG bole la tgok dan KAROKE!!
heh, ENJOYYYYY

Give me a second i,
  I need to get my story straight
My friend’s are in the bathroom getting higher than the empire state
My lover she’s waiting for me just across the bar
My seat’s been taken by some sunglasses asking about a scar, and
  I know i gave it to you months ago
  I know you’re trying to forget
But between the drinks and subtle things
Though holes in my apologies
I’m trying hard to take it back
So if by the time the bar closes
And you feel like falling down
I’ll carry you home

Tonight
 WE ARE YOUNG
 So let’s set the world on fire
We can go brighter than the sun
Tonight
WE ARE YOUNG
So let’s set the world on fire
We can go brighter than the sun

Though i know it i’m not
All that you got
  I guess that i, i just thought
Maybe we could find a way to solve the crime
But our friend isn’t back
So let’s raise the tab
‘Cause i found someone to carry me home

Tonight
WE ARE YOUNG
So let’s set the world on fire
We can go brighter than the sun
Tonight
WE ARE YOUNG
 
So let’s set the world on fire
We can go brighter than the sun
Carry me home tonight (nananananana)
Just carry me home tonight (nananananana)
Carry me home tonight (nananananana)
Just carry me home tonight (nananananana)
The world is on my side
  I have no reason to hide
So will someone come and carry me home tonight
The angels never arrived
But I can hear the choir
So will someone come and carry me home

Tonight
WE ARE YOUNG
So let’s set the world on fire
We can go brighter than the sun
Tonight
WE ARE YOUNG
So let’s set the world on fire
We can go brighter than the sun
So if by the time the bar closes
And you feel like falling down
I’ll carry you home tonight

Saturday 24 March 2012

Menjadi TUKANG MASAK

Assalamualaikum dan selamat pagi MALAYSIA n MY FOLLOWER~~

Hari ni Amer nak wat ENTRY sebagai seorang tukang masak,... Kisah nya begini, sekarang, Amer posting di Klinik Kesihatan Lenggong... so sesiapa yang ingin berkenalan ngan Amer jom jumpa di LENGGONG, heheh~~

 Masakan PERTAMA!!


Amer buat sayuq masak sawi, wakaka... nampak macam sedap x?? pada yang xmunat sayuq da tentu laaa cakap xsedap kannnn...
Kelengkapan masakan xcukup laaa, AJINAMOTO xda... So , xsedap  kikikiki,,

 Seterusnya IKAN BILIS+KENTANG GORENG

anehnya depa semua ni, KENTANG habis, IKAN BILIS banyak lagi,,, dasar GILA KENTANG depa ni hahaha

 AYAM GORENG!!

nGEEEeee, Ayam goreng ni laaa wat aku asek tergelak, standard laaa goreng ayam minyak masak akan meletup letup, member Amer  lagi 4 orang ni MELATAH-LATAH kena TEMBAK ngan minyak masak... HADOIIII












TADAAAAAAAAAAAAaa!! terlahir sudah masakan yang bergitu sedap ini!!


Peliklaaaa, tetiba ada teloq dadar plak kannnn,,, ahahaha,, TELOQ dadar ni spesial coz dalam dia ada OAT.. hemmm,, sedap kannnn,,, Terima kaseh pada mereka yang menjenguk ENTRY kali ni... KOMEN LAAA KALU SUDI

Sunday 18 March 2012

Di Teluk Senangin~~

Assalamualaikummm dan Selamat sejahtera kepada pembaca BLog Amer Shusuke yaaa~~

Hari Jumaat lepas, Amer bersama lagi 6 0rang rakan seperjuangan telah menyerang Teluk Senangin, WAT APA??? MANDIII LAAA bak ang,.

Perjalanan yang mengambil masa 2jam dari Tanjung Rambutan ke Lumut itu.. Gerak petang sampai malam, apa lagi Jamak laaa solat maghrib n isya' :)

P ke sana pun sebab di ajak oleh YOP ni, kalau x pi kang touching wakaka.. Parent dia ada buat, picnic kat sana, jadi apa lagi, JOINNNN LAAAAA, even Amer punya duit RABAK gilaa time tuuu :O

Sampai sana, teruih salin baju apa lagi mandi laaaaa... bayangkan malam2 pun gigih nak p mandi, :).. xda gamba untuk diupload waktu malam, maklumla pakai fon kamera buruk jaaa ...hemmm,
jom kita semua p keesokan paginya, BERMANDI MANDA bersama member yang ku sayangi


Tengoklaaa gelagat depa ni~~ aishhhh :P
 YOP Faiz bersama ngan anak buah dia,,
Cerdik budak ni, leka mengerjakan aku jaaa~~


Si KIFLI, HAFFIZ N JIJO~~

APa laa keja si HAffiz tuuu(baju merah)
 Amer yang ditengah tuuu baju coklat(ada gak gamba aku)...

mana x nya, kalau x Amer jaaa kena snap pic bak ang.

 Teruihkannn MANDI!!

MANDIIII!!!

Dan mandi!!!
 Kali ni gambaq dekat, amacam?? terserlah x kemachoan kami semua ~~ :P


owwww, KIFLI apa laaa ang wat tuuu~~

Si Khairul plak, membuli adik2!!
(yang penting aku xkena :P)









 Haffiz n Jijo yang oways menunjukkan muka yang bajet cYOMeyyyy :O
 and thats me~~ :P



















selesai suda sesi bermandi mandian~~ now kita p POSING di PANTAI TELUK SENANGIN ~~ JOMMMMMMMMMMMM!!

SAKSIKAN LAAA DUGONG2 TERDAMPAR!!






Sudalaaa dugong2 ni, sekarang ni gamba di darat plak naaaa~~


Merapooo gilaa la ang ni~ awat muka macam itik?? aku baru perasan haha
 kat dalam cawan tuu ada ketamm,, macam budak sangat maen2 hidupan laut si Alif ni ,, HADOYYY


Amacam THE TRIO BROTHER hehe,, OTAI kannn~
 Tgok baju Kuning tuuu~~
oittt!! apa ang wat kat yop aku~~
kahkah~~
DUGONG2 YANG MEMPERAGAKAN IKAN!!
 DEPA KATA NELAYAN MODENN~~

PHUIIIII KEKEKEKE
 DIsebabkan pic ni diambil oleh amatur jadi muka kami langsung xnampak,, DAMNNN :P
nombor 31 menunjukkan bhgn blakng shja~~KENAPAAA haha













OKAYYY~~ nak balikkk daaaa, jom tgok kenangan balik kamiii!! gambar ni di penginapan kami~~ :P
NICE isnt it??




                                        AKHIRNYA GUDBYEEEE TELUK SENANGINNN!!



KENANGAN INI AKAN KU ABADIKAN DALAM HIDUPKU SELAMANYA~~

Sunday 11 March 2012

Sahabat Yang Akan Ku Kenang Selamanya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera di hai yang ditemani dengan hujan yang begitu renyai...
Entah kenapa hari ini aku teringin nak cerita pasai kawan2 aku.....
Maklumlaaaa, aku sudah pun Semester 5 juga merupakan tahun last aku berada di bumi PERAK yang tercinta sebelum pulang ke NOGORI ku.

Yang peliknya pada diri aku ialah aku kurang merapatkan diri dengan mereka yang sama semester dengan aku(BUKAN KENA BAND ok!!) tapi lebih mesra dengan mereka yang berada di SEM 3 sekarang.. Maybe kerana OTAK aku n OTAK depa boleh pakai,haha...

AAARRRGGGGHHHH, Pedulikan laaa semua tuuu, tapi apa yang aku sangat hargai ialah dengan mereka ni laaa aku dapat mengenal erti PERSAHABATAN yang sebenar. Mereka semua ciptakan aku KENANGAN PERSAHABATAN yang indah. Kenangan berkawan dengan mereka yang berbeza negeri. Jadi aku nak describe mereka satu persatu... Mulakan dengan ...






YAng kiri BERBAJU MERAH + SWEATER tuuu, nama dia KHAIRUL BIN TALIB, dok Pahang, aku berterima kasih sangat dengan dia ni, kerana melalui dia laaaa, aku kenal dengan member2 yang lain.. Umo 26 tahun ni kottt tapi wajah muda xmacam AKUUU ,,haha, And apa yang jelasss, dia punya mulut ni kalau buka MEMANG KEJA dia MEMBOIKOT aku jaaa ,,,, tensennn kottt

Yang sebelah kanan tu plak, yang memakai baju putih tuuu, umo 20tahun(BELOOM CUKUUP) n tinggai kat MELAKA.... Nama dia MOHD ALIF FARHAN BIN MAT SHASIR, apa nak dibanggakan dengan dia ni ehhh?? heh, dia ni memang bole dikatakan suka laaa Follow orang p lepak2 tapi yang peliknya, asai da tiba masa nak gerak ada saja MASALAH yang muncul, heran betui.. dia ni kalau bawa motor kalah PAKCIK yang umo 50 lebih, GILAA BABI SLOWW kottt, katanya TAKOTTT... nak menyelit-nyelit pun takottt..hemm, kalau nak ajak berkonvoi dia ni DILARANG haha..

NEXT IS MOHD HAFFIZ BIN MOHD NOOR!!
dok di NOGORI SEMBILAN, Umo dia ni ikotkan still 19tahun coz lahir 31/12/92 , kalaula mak dia tahan, mesti dia da lahir tahun 93 haha... soooo, umo dia 20 tahun yang akan cukup hujung bulan 12 ni...Dia ni memang betui2 sekepala ngan aku, otak dia dengan aku 2*2 = 8 haha,.. seorang yang easy going BAK ANG, ajak laaa p mana ja, selagi bukan tempat maksiat mesti FOLLLOWWWW punya..
Sebelum aku kenai dia ni, PENDIAM laa sangattt, sampai cakap pun xnak pandang muka aku, DAMNNN haha..tapi bila da lama rapat ngan aku, teruih jadi kecohhh mulut,, hadoiii

KETIGA TIGA MEREKA DI ATAS NI ADALAH PENEMAN DALAM SUKAN AKU IAITU TENNIS...

YANG KIRI TUUU, IS MUHAMMAD NIZAM BIN NORZLAN, 20. Dok kat NOGORI gak.
Dia ni otak dok pikiaq pasai BIZNES jaaa, sikit2 BIZ sikit BIZ... Dia ada juai PERFUME, KEREPEK n ada buat INSURAN apa entah aku pun xingat,,, Dia ni jarang bersama dengan kami bertiga sebab MALU katanya coz asek menumpang orang jaaa,.. Hemm, nak wat macam mana kan, even aku da ceramah kat dia ni PUAS2 punnn, xda guna gak aiyoooo,,, PERSAHABATN tiada apa yang perlu DIMALUKANNN!!

 ABANG SHAH , dari KEDAH berumor 33 tahun pada tahun ni,, Dia ni da pangkat AYAHANDA dalam persahabatan kami, da berkahwin n punya 2 orang anak yang comel , dua2 hero kottt.. Selama berkenalan adalah 3kali kluaq ngan dia ni secara berkumpulan... p main boling, :O woaaa.. bole tahan laaa...... SABTU NGAN AHAD da tentu2 laaa xda kat KOLEJ, maklum laaa p menunaikan kewajipan pada FAMILY yang tercinta, kannn da bergelar SUAMI, :)

gambaq ni ada 4, tapi nak fokuskan kepada member aku yang BERTOPI tuuu, umo 31tahun n suda berstatus SUAMI ... dok kat PERAK n bar mempunyai seorang cahaya mata. otak memang sempoi ,ada ja benda nak cakap n nak diguraukan n yang paling kejinya kebiasaan aku laa kena ATTACK oleh geng2 ni.. nama FAIZUL bin SHAHRIN

nama dia ni MOHD KIFLI bin MADLAN, 20 and stay di KEDAH... Dia ni jenis kurang bercakap, bila sembang ngan dia ni memang kerap tukaq topik,, dia ALA2 berada di DUNIA FANTASI... kalau tgok kat fb dia ni, penuh dengan ayat2 jiwang jaaa.. hemmm, payah sungguh laaaa, aku suka jaaa kerjakan dia ni(yang paling penting).. dia ni jenis suka berahsia n jenis x akan sekali kali tunjuk marah kat depan orang lain,, ANEH kannn

MOHD ZAILI, 25 tahun... da tua niii!! tapi bajet muda,,, hemmm apa laa nak jadi dengan semua orang tua yang berkawan ngan aku ni,, LULZZZ... dia ni aku sendri xtaw dia dok mana... sat dia kat NOGORI, sat kat JOHOR, sat kat KOREA(TIPU jaa),,, easy going n kuat merapu, xbole layan kerap sangat nanti aku pun BLURRR haha.. suka tolong org dia ni even orang tu bukan laa yang dia minat untuk berkawan. NICEEE!!

MUHD KHAIRUL RIDZUAN BIN ADAM, 20 TAHUN and stay di KELANTAN.. well, dia ni baguih budaknya, rajin turun surau(bukan laa menunjuk tp untuk djadikan contoh), orang nya biasa jaaa, tapi setiap SABTU n AHAD dia akan balik ke rumah akak dia ,, hemmm, jarang kalau nak lepak ngan dia ni... org tyme cuti aaa nak lepak2 , tp dia dok rumah,, haiyaaa....

ORANG YANG TERAKHIR NI AKU XNAK POST GAMBA DIA, KATANYA XSUKA, jadi aku juz ceriita ja laaa, nama MUHAMMAD FAIZ BIN ZULKIFLI,22 stay PERAK, aku panggil dia ni YOP(abang)... bakal mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ni bersama gadis pilihannya.. Dia ni laaa yang kerap bagi aku nasihat bila aku ada masalah , apa yang baik apa yang buruk segalanya dia shared ngan aku untuk djadikan pengajaran... aku RESPEK GILAAA ngan dia ni,,,


ITULAH SAJA YANG AKU NAK SHARED D BLOG HARI INI, BAGI AKU KALIAN ADALAH RAKANKU YANG PALING BERHARGA DIBANDINGKAN DENGAN RAKAN2KU DI ZAMAN PERSEKOLAHAN DULU..
EVEN AKU DA GRAD NANTI, AKU AKAN TETAP CARI AMPA SEMUA EVEN AMPA SEMUA DOK BEZA NEGERI, ITU JANJI AKU~~~ SEMOGA PERSAHABATAN KITA KEKAL SELAMANYAA N SEMOGA BILA AMPA GRAD NANTI KITA AKAN DITUGASKAN DITEMPATKAN DI TEMPAT KEJA YNG SAMA.....AMINNNN   :")~~

Thursday 8 March 2012

Nak BALik kolEj!!

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat... hemmmm, nampaknya besok da nak balik!!

Cuti MIDSEM yang BERAKSI dalam 1week ni berlalu begitu cepat sekali,,


Sempat laaa juga aku SNAP PIC kenangan di rumah, snap satu sudah... edit2 sikit then post laaa, ooopssss, awat sama macam DP FB, nak wat macam mana,, MODAL tu MODAL haha

Malam ni siaplaaa pack barang bagai, aku bawa LUGGAGE jaaa, even cuti seminggu maklumlaaa banyak sangat baju kotoq, sooo RUMAH sebagai LAUNDRY ok haha

Aku rasa memang aku seorang ja laaa sampai besok di KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU tuuu,,,wargggghhhh, anyway pada yang membaca blog ni,, TERMA KASEHHHH!!

Monday 5 March 2012

MAKSUD SALAM~~

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada  Ahmad ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat AHmad yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” ang tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

Sunday 4 March 2012

KEYAKINAN MEMBUAT KEPUTUSAN(PRO DAN KONTRA)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. hari ni saya teringin  sekali bercerita tentang KEYAKINAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN.

Sebagai seorang manusia yang lemah dan penuh ego, kita sentiasa akan dilanda dengan keraguan dalam hidup. SEBAB APA?? Kalau dalam pandangan Islam, ia adalah kerana SYAITAN yang sering mengganggu dalam KEYAKINAN yang telah kita teguhkan. Dalam pandangan PSIKOLOGI pula ialah kurangnya KEYAKINAN adalah disebabkan oleh faktor2 tertentu seperti faktor keluarga , faktor sosial dan beberapa lagi faktor.

Dalam mengambil keputusan kita hendaklah teguh dengan apa yang telah kta putuskan. Sama ada ia akan menjadi yang terbaik buat kita ataupun menjadi sebaliknya buat kita. BAIKLAH SEKARANG AKAN SAYA MULAKAN BENDA YANG PALING PENTING UNTUK MENINGKATKAN KEYAKINAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN..

Ianya mudah,, dalam setiap keputusan pasti ada PRO dan KONTRA ataupun  BAIK dan BURUK...

CONTOHNYA, buat keputusan dalam sambung blajaq... Cuba pikiaq benda yang baik sekiranya ampa sambung blajaq,, Anda akan  akan dapat meningkatkan ilmu, mudah mendapat kerja, dpat bantu ibu bapa

JADI APA YANG AMER SHUSUKE CUBA SAMPAIKAN IS KITA JUZ PIKIAQ BENDA YANG BAIK SAHAJA,, SEKIRANYA BENDA YANG BAIK LAGI BANYAK, MAKA PILIHLA IA OK!!

Friday 2 March 2012

JADILAH SEORANG LELAKI YANG~~~~

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai kawan dan tidak mempunyai musuh.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecerdasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan Islam sebelum hari kemudian
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.