Wednesday 29 February 2012

Jantung Al-Quran adalah surah Yasin, Raja Segala ayat adalah Ayat Kursi

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni Amer nak share pasal keagamaan, semoga bersama kita manfaatnya :)

BAGAIMANA hendak membersihkan hati yang kotor??

Dalam hal ini, Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya: “Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi.”

Lalu orang bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?”

Jawab Rasulullah: “Membaca al-Quran dan mengingati mati.”

Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran di jantung yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.
Sabda Rasulullah lagi bermaksud: “Tiadalah antara yang memberi syafaat yang lebih utama kedudukannya pada Allah daripada al-Quran.
Tidak nabi, tiada malaikat dan tidak lainnya.”

Baginda bersabda lagi: “Yang terbaik daripada kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”.

Amalkan membaca al-Quran pada malam, terutama malam Jumaat dan malam-malam awal, pertengahan dan akhir bulan. Seperti yang diriwayatkan, al-Quran itu ada jantungnya seperti manusia yang mempunyai jantung dalam dirinya.

Yang dimaksudkan dengan jantung al-Quran ialah surah Yasin.
Justeru, hikmat membaca Yasin pada malam Jumaat, pada malam bulan Ramadan dan pada subuh menjelang hari raya adalah terlalu besar serta diampunkan dosanya.

Sabda Rasulullah: “Jantung al-Quran adalah surah Yasin. Tidaklah dibaca akan dia oleh seorang melainkan menghendaki keredaan Allah dan keselamatan pada hari akhirat dan Allah mengampuni dosanya.”

Ayat terbesar dan digelar raja segala ayat dalam al-Quran ialah ayat Kursi.
Hadis Nabi: “Sebesar-besar ayat di kitab Allah ialah ayat Kursi.“Ada satu ayat yang menjadi penghulu daripada segala ayat.
“Jika dibaca ayat itu dalam sebuah rumah, sedangkan di dalamnya ada syaitan, maka keluarlah syaitan itu dari rumah itu.
“Ayat itu ialah ayat Kursi.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Firman Allah bermaksud: “Tidak akan diseksa hati yang terbendung dalamnya ayat-ayat suci al-Quran pada akhirat nanti.”

TAKTIK MENCURI TERBARU BAK ANG!!

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman  ni mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat!! OKAY from AMER SHUSUKE

KAWAN BAIK

Panduan Mengambil Hati Kawan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Lama tidak menjeguk bahagian “tentang persahabatan” rasanya saat ini saya berpelung berkongsikan beberapa panduan bagaimana cara untuk mengambil hati kawan. Kawan waktu kita susah agak sukar di cari lebih-lebih lagi jika kita berada dalam kesukaran mengharungi kehidupan, manakala kawan untuk bersuka-ria sebaliknya begitu mudah untuk di cari ganti.
Bagaimana pula ingin mencari kawan atau sahabat yang setia pada kita? Perlukah kita menabur wang pada dia baru dia mengikuti kehendak kita. Oh tidak sama sekali. Jangkaan saya pasti hubungan anda dengan rakan tersebut tidak akan bertahan begitu lama.
Apa panduannya ayuh kita selongkar bersama-sama.
  • Bantulah kawan anda sekiranya dia benar-benar kesempitan wang. Contohnya ingin membayar wang pengajiannya ataupun menghulurkan bantuan dari segi makanan atau pakaian. Mungkin hari ini dia susah mana tahu akan datang giliran kita pula. Tidak salah kita saling membantu atas niat yang ikhlas pasti akan mendapat ganjaran yang baik kelak.

  • Kawan yang baik adalah kawan yang bijak mengambil tahu hal berkaitan dengan kesihatan rakan baiknya. Jika selalunya kawan anda riang tapi kini berduka ia menggambarkan seolah-olah kehidupan anda bersama rakan kurang ceria. Seperti adanya tidak kena pada saat itu. Dan anda sebagai rakan baiknya anda akan segera membawa dan menemankan dia ke hospital sebab anda tahu tanpa dia pasti kehidupa kalian berdua akan hambar. Tanpa gelak-tawa pasti sayu dalam bilik or usikan itu bukan huhu..
  • Menjaga hati kawan juga perlu di ibaratkan kita mencubit atau menampar peha kiri peha kanan jua akan terasa ngilunya jika ia cubit berselang-seli. Ibarat hati kita pelru dijaga begitu juga hati rakan sebaik-baik rakan dia tidak akan sesekali melukakan hati rakan baiknya sendiri. Kawan yang baik tidak akan memburukkan kawannya dihadapan kawan-kawan yang lain. Sebaiknya keaiban rakanya itu di simpan sekemasnya ibarat menutup mulut dalam ada emas hee. Bukankah mencerita keburukan rakan pada orang lain amalan itu amat di murka oleh Allah s.w.t. apatah lagi para Rasul kita.

  • Jika kita menyukai orang lain menghargai kita apatah lagi rakan kita. Gembirakan hati rakan anda seperti meraikan hari lahirnya dengan mengadakan majlis makan-makan sesama rakan. Pasti kenangan yang tercipta akan sentiasa tersemat didalam hatinya. Lebih-lebih lagi sekiranya perpisahan terjadi segala memori yang lalu akan mudah terimbas di benak masing-masing. Bak pungguk rindukan bulan saat itu mulalah kuntuman rindu mula berlegar-legar di fikiranmu heee..

  • Jadilah seorang yang pemaaf sebab tanpa sifat ini pasti keakraban anda dengan kawan akan mudah merenggang. Sebenarnya tidak kira hubugan apa yang anda bina dengan seseorang meskipun hubugan kekasih semasa kekasih, hubungan dalam perniagaan semuanya memerlukan maaf. Tanpa ungkapan maaf pasti akan ada kediginan sepanjang hubungan tersebut berlangsung. Percayalah jika salah seorang dari anda agak tegar atau sukar menggungkapkan kata maaf pasti hubugan yang dibina akan membuatkan rakan atau sahabat akan jemu dengan sikap anda seolah-olah andalah seorang yang terbaik dalam membuat kata putus. Orang lain anda menganggap salah di hadapan mata anda sendiri.
Banyak point boleh dibicarakan namun diatas hanyalah isi-isi yang penting sahaja. Hakikatnya tanpa kawan kehidupan akan sunyi., Jika tersilap pilih kawan kehidupan akan hanyut pula. Dari itu pilihlah kawan dengan sebaiknya, jangan kawan makan kawan sudahlah heeee..